Subhanallah
Alhamdulillah............
Posted at 04:04 pm by kakngah
Ke manakah akhirnya anjakan realiti ini?
Kakngah mungkin kena berpindah tempat lagi, KEMUNGKINAN yang besar...
Anjakan lagi dan di mana realitinya?
Pagoh?
tapi Bila?
Posted at 01:31 am by kakngah
14 julai tarikh sepatutnya kakak cukup 60 hari di PLKN untuk dapat pelepasan melanjutkan pelajaran ke universiti.
Dulu masa mula2 di PLKN asyik merungut saja.
Namun pada tarikh tersebut, kakak minta tangguh ke hari Sabtu sebab pada hari Jumaat ada pertandingan kawad kaki dan tak di sangka kumpulan nya menang.
Maka Sabtu bersamaan 16 Julai tarikh lahir adiknya yg bongsu, kami membawanya pulang untuk dia berkemas. Sudah mendapat sijil tamat latihan PLKN. Syaratnya telah membayar yuran pengajian untuk bukti kemasukan untuk sijil tersebut, kalau tidak kena ambil semula.............
Hari Ahad bertolak ke Sg Buluh bermalam dan seterusnya hari Isnin bermulalah dirinya menjadi seorang pelajar diploma di Shah Alam.
Isnin dirinya sangat blurr masih di alam PLKN. Kami bertolak pulang meninggalkan dia dengan pakcik di Sg Buluh itu sebagai Guardian. Tolong tengok2 kan. Dia tinggal di asrama.
Hari ni hari Rabu sudah berjalan2 bersendirian bersama teman ke Giant ....
Esok, khamis ada kelas. Selamat belajar kakak.
Posted at 01:43 pm by kakngah
plkn kakak 16 mei -31 julai
batu pahat-air hitam-senai
senai-desaru (E22 jalan baru)
2 jam sahaja
Posted at 02:49 pm by kakngah
Posted at 10:24 am by kakngah